Saturday, 26 December 2009

067 SURAH AL-MULK

KERAJAAN


Klik sini untuk baca terjemahan

067 SURAH AL-MULK


Klik segi tiga di bawah untuk dengar surahnya

[1]



RENGKASAN SURAH


Maha Berkat serta Maha Tinggi Tuhan yang menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Dia mentakdirkan hidup dan mati dan menguji kamu siapa yang lebih baik amalannya. Dia membalas amalan kamu dan menerima taubat.

Dia mengatur kejadian langit dan bumi. Lihatllah berkali2, adakah apa2 kecacatan?

Dia jadikan bintang menghiasi langi dan dijadikan rejaman untuk syaitan.

Yang engkar disediakan azab. Neraka meraung menunggu mereka. Bila ditanya penghuninya menjawab bahawa mereka dulu dustakan rasul dan ajarannya dan mengaku berbuar dosa semasa di dunia.

Takutrlah kepada Tuhan yang berdaya menunggang tebalikkan kamu dan menghantar angin menghapuskan kamu.

Lihatlah burung yang terbang, siapa yang menghalangnya dari jatuh? Siapa yang dapat memberu rezeki kamu sekiranya ianya ditahan oleh Allah?

Mereka bertanya bila akan berlakunya kiamat. Katakan itu adalah urusan Allah. Mereka akan menjadi muran bila ianya berlaku. Tunggulah.

Jika air ditelan bumi, siapakah selain dari Allah yang dapat mendatangkannya kembali?





068. SURAH AL-QALAM

KALAM


Klik sini untuk baca terjemakan

068. SURAH AL-QALAM



Klik segi tiga dibawah untuk dengar surahnya

[1]



RENGKASAN SURAH






Thursday, 24 December 2009

069 SURAH AL-HAQQA

HARI KIAMAT

Klik sini untuk baca terjemahan

069 SURAH AL-HAQQA


Klik segi tiga di bawah untuk dengar surahnya

[1]



RENGKASAN SURAH:







Hari kiamat tetap akan berlaku.

Kaum Thamud mendustakan hari kiamat dan telah dibinasakan dengan petir yang dahsyat. Kaum Aad pula dibinasakan dengan angin ribut selama tujuh malam lapan hari. Bergelimpangan mereka akibatnya.

Firaun dan mereka yang melakukan perkara salah telah juga dibinasakan.

Alllah telah selamatkan nenek moyang kamu yang bersama Nabi Nuh di dalam bahteranya. Ini satu pengajaran bagimu.

Bila ditiup sangkakala gunung ganang akan beterbangan dan hancur. Langit akan terbelah dan menjadi reput. Kamu semua akan dihadapkan untuk hitungan amal yang telus.

Mereka yang menerima suratan amalnya melalui tangan kanan akan berbahagia hidup senang lenang di syurga.

Mereka yang menerima suratan amalnya melalui tangan kiri akan merana di neraka tanpa kuasa atau penolong. Mereka semasa di dunia dulu tidak beriman kepada Allah dan tidak memberi makanan kepada mereka yang miskin. Makanan mereka di neraka ialah air danur.

Allah bersumpah bahawa Al Quran adalah wahyuNya, bukannya perkataan dari pawang atau rekaan manusia. Ianya menjadi peringatan kepada yang bertaqwa. Orang kafir akan menyesal kerana mendustakannya apabila sampai masabya mereka menerima balasan masing2.



Klik sini untuk lihat SENARAI SURAH


070 SURAH AL-MA'ARIJ

TEMPAT NAIK


Klik sini untuk baca terjemahan

SURAH 070 AL-MA'ARIJ



Klik segi tiga di bawah untuk dengar surahnya

[1]

RENGKASAN SURAH:






Seorang kafir Mekah secara mengejek meminta azab yang dijanjikan untuk orang kafir iyu supaya berlaku. Azab itu akan datang melalui jalan turun naik malaikat yang menjalankan tugas masing2. Orang kafir menganggap azab tersebut jauh dari berlaku. Bersabarlah dengan ejekan mereka itu.

Apabila ianya berlaku gunung akan cair. Manusia masing2 akan sebuk dengan hal masing2. Orang yang kafir kalau boleh ingin menebus keselamatan mereka dengan anaknya dan isterinya dan saudara maranya. Tetapi ini tak mungkin kerana neraka menunggu sedang mereka dengan apinya menjulang, untuk membakar tubuh badannya. Ini adalah kerana mereka berpaling dari kebenaran dan mengumpul kekayaan tanpa zakat.

Manusia memang bertabiat gelisah jika dalam kesusahan dan bakhil kedekut apabila dalam kesenangan.

Kecualilah yang sembahyang, mensedekahkan harta mereka kepada yang memerlukan, yang percaya kepada hari pembalasan dan yang takut pada azab Allah. Juga yang menjaga kehornatan kecuali pada yang dibenarkan. Mereka sebegini akan ditempatkab Allah di syurga.

Orang kafir dan yang tidak beriman jangan haraplah nak memasuki syurga. Allah berkuasa membinasakan mereka untuk digantikan dengan kaum yang lebih baik.

Oleh itu biarkan mereka tenggelam di dalam kesesatan dan kelekaan dunia mereka sehingga mereka bangun dari kubur menuju ke Mahsyar. Ketika itu mereka akan berada di dalam keadaan tunduk kehinaan.

Itulah janjiNya.





Wednesday, 23 December 2009

071. SURAH NUH


Klik sini untuk baca terjemahan

071. SURAH NUH


Klik pada segi tiga di bawah untuk dengar surahnya

1



RENGKASAN SURAH





Allah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya menyuruh kaumnya menyembah Allah dan bertaqwa kepadaNya supaya akan diampunkan dosa mereka dan dapat hidup tanpa azabNya.

Setelah puas menyeru tanpa jaya, Nuh berdoa menyatakan bahawa kaumnya telah engkar menurutnya dan lari dari kebenaran. Mereka menyumbat telinga mereka dan menyelumbung badan mereka, juga bersikap sombong.

Nuh menyeru secara terangan dan juga secara berbisik2 tetapi tetap gagal. Mereka hanya menurut kehendak puak yang kaya dan berpengaruh di antara mereka yang menghasut mereka supaya jangan meninggalkan penyembahan lama mereka terhadap tuhan2 mereka Wadd, Suwaa, Yaghuth dan Ya'uuq.

Disebabkan kesalahan mereka maka Allah turunkan banjir besar yang memusnahkan mereka semuanya.

Nuh juga berdoa supaya Allah mengampunkan dosa ibu bapanya dan mereka yang beriman seluruh zaman.


072 SURAH AL - JINN

Klik sini untuk baca terjemahan

072 SURAH AL-JINN


Klik segi tiga di bawah ini untuk dengar surahnya

[1]


RENGKASAN SURAH






Nabi Muhammad SAW telah diwahyukan bagi menyatakaan sekumpulan jin telag mendengarnya membaca Al Quran dan terus beriman, kerana mereka yakin ianya memberi panduan yang betul. Al Quran menyatakan keagungan Allah dan Ianya tidak beristeri atau beranak.

Juga amatlah salah bagi manusia yang meminta bantuan kaum jin kerana ini menjadikan jin bertambah sombong dan jahat.

Dulunya kaum jin boleh mengintip urusan dan berita dari langit tetapi sekarang mereka ditembak dengan api jika berbuat demikian. Tak taulah sama ada perkara ini bertujuan hendak menimpakan mala petaka atau kebaikan penduduk bumi.

Ketika mendengan bacaan Al Quran mereka terus beriman kepadanya kerana mereka tak terlepas dari balasan Allah dan mereka tak terasa bimbang menanggung kerugian amal mereka.

Juga mereka yang mengeleweng akan dimasukkan oleh Allah ke nerakaNya.

Katakan yang "Aku hanya beribadat kepada Allah dan tak akan mempersekutukannya dengan makluk yang lain. Allahlah tempat perlindungan.


Tuesday, 22 December 2009

073 SURAH AL-MUZZAMIL


Klik sini untuk baca terjemahan

SURAH 073 Al MUZZAMIL



Klik segi tiga di bawah untuk dengar surahnya:

[1]


RENGKASAN SURAH:




Yang berselimut, bangunlah dan sembahyang tahajut diwaktu malannya dan bacalah Al Quran dengan Tartil.

Sembahyang malam itu memberi kekuatan dan latihan membuat ibadat yang berat kerana Allah akan memberikan tugas yang berat bagi kamu nanti. Juan ianya menguatkan kamu. Di siang harinya kamu sibok dengan hal kehidupanmu untuk beribadat sempurna.

Serahlah membalas kegiatan penentangmu kepada Allah. Biarlah mereka diberi peluan buat sementara sebelum mereka diazab Allah.

Sekiranya kamu tidak bersusah dengan azab dunia sekarang, bagaimana pula kamu dapat menghadapi akhirat nanti, satu tempat yang sangat payah bagi mereka yang kufur.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


074 SURAH AL-MUDDATHITHIR


YANG BERSELUMBUNG

Klik sini untuk lihat terjemahan

074 SURAH AL-MUDDATHITHIR



Klik segi tiga di bawah untuk dengar surahnya


.

RENGKASAN SURAH:




Yang berselimut, berikanlah peringatan dan amaran kepada manusia. Ingatlah kebesaran Allah. Bersihkanlah pakaianmu dau jauhilah kejahatan.

Bila ditiupkan sangkakala, itulah sangat yang payah pada mereka yang kafir mengelak azab Allah.


Janganlah bimbang tentang mereka yang menentangmu. Allah akan menyelesaikan hal mereka. Mereka dulu seorang diri, dan Alllah berikan harta dan anak pinak yang banyak kepada mereka. Dan mereka tamak mahu ditambahlagi.


Tidak. Allah tak akan berikan. Kerana mereka menentang Allah dan ayatNya. Binasalah mereka.

Mereka mencaci Al Quran dan bila tak berjaya menyatakan Al Quran adalah rekaan manusia. Jadi Allah masukkan mereka ke neraka yang membakar kulit mereka terus menerus. Ianya malapetaka yang dijaga rapi.


Pehak kanan pula akan Allah masukkan ke syurga dengan penuh nikmat. Ahli syurga pula akan bertanya kepada ahli neraka mengapa mereka dimasukkan ke neraka. Jawapannya: "Kami tak sembahyang, kami tak beri makan orang miskin, kami perkatakan perkara yang salah dan mendustakan hari pembalasan".

Jadi kenapakah orang kafir masih lari dari peringatan Al Quran. Kenapa mereka tak percaya dan tak takut kepada malapetaka hari akhirat?

Ambillah peringatan dari Al Quran yang besar pengajarannya.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

075 SURAH AL - KIAMAT


Klik untuk baca terjemahan

Surah 075 Al-Qiamat

Klil segi tiga di bawah untuk dengar surahnya


RENGKASAN SURAH







Manusia kafir tidak percaya yang Allah boleh menghidupkan mereka yang sudah mati. Mereka tak mengaku adanya hari kiamat. Sebenarnya segingga tulang jari dan yang lebih halus lagi boleh dihidupkan oleh Allah.

Mereka mengejek bila datangnya hari kiamat. Katakan kiamat akan datang bila matahari berhimpun bersama bulan dan bulan menjadi malap. Yang kafir pula akan berkata manakah kita nak lari?

Pada masa itu manusia akan dikatakan apa yang telah mereka lakukan dan yang tidak mereka lakukan. Anggota badan mereka juga boleh menjadi saksi Allah.

Muka orang beriman akan berseri2 manakala mereka yang kafir muram hodoh menunggu sengsara.

Orang yang kufur pentingkan dunia yang tak kekal. Apabila mati mereka akan menemui Allah juga, Ingatlah bahawa kebinasaan orang kafir sudah dekat Patutkah mereka menyangka Allah akan membiarkan mereka tanpa tanggung jawab dan balasan.

Allah yang menjadikan mereka dari air mani. Tidakkah Ia berkuasa menghidupkan mereka selepas mati. Tentu Ia berkuasa.


TAMAT

Klik untuk dengar bacaan Surah 074. Al-Muddaththir

[1]
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Monday, 21 December 2009

076 SURAH AL - INSAN

MANUSIA

Klik sini untuk baca dan dengar

Surah 076 AL-INSAN


Klik segi tiga di bawah ini untuk dengar surahnya



RENGKASAN SURAH:







Kaum musyrik mengingkari hari kiamat.

Allah menciptakan manusia untuk diuji dengan kewajipan. Untuk itu disediakan kepadanya pendengaran dan penglihatan

Tak memadai lagi ditambahkan dengan tunjuk ajar melalui akal fikiran dan rasul bagi membezakan jalan yang benar dari yang salah.

Mereka yang kufur akan Allah masukkan ke dalam neraka dengan sengsaranya.

Manakala mereka yang taat akan memasuki syurga dengan segala kenikmatannya. Ini adalah kerana mereka menyempurnakan apa yang diwajibkan Allah dan takut kepada azab hari akhirat. Mereka juga secara iklas memberi makan orang miskin dan anak yatim.

Janganlah kamu menurut kehendak mereka yang kufur yang sentiasa mementingkan dunia yang tak kekal. Dan bersabarlah ketika Allah memberi tempoh kepada mereka.

Sentiasa sebutkan nama Allah, kerjakan sembahyang dan bertasbihlah memujiNya.




Klik segi tiga untuk dengar Surah 075 AL-QIAMAT

Klik sini untuk lihat SENARAI SURAH

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

077.SURAH AL-MURSALAT

077. MALAIKAT YANG DIUTUS


BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



Klik sini untuk untuk baca dan dengar Surah 077 Al-Mursalat



Klik segi tiga untuk dengar



ISI KANDUNGAN SURAH




Kecelakaan besar bagi mereka yang mendustakan rasul.

Kecelakaan besar bagi mereka yang mendustakan apa yang Allah janjikan

Kecelakaan besar bagi mereka yang mendustakan kekuasaan Allah

Kecelakaan besar bagi mereka yang mendustakan nikmat pemberian Allah.

Kecelakaan besar bagi mereka yang mendustakan hari akhirat

Kecelakaan besar bagi mereka yang mendustakan nikmat syurga.

kecelakaan besar bagi mereka yang mendustakan perentah dan larangan Allah

Kecelakaan besar bagi mereka yang mendustakan amaran Allah.

Dihari itu mereka tak dapat berkata kata untuk meminta maaf



Dengarlah (klik segi tiga) Surah 076. Al-Insan



SENARAI SURAH

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx