Thursday 24 December 2009

069 SURAH AL-HAQQA

HARI KIAMAT

Klik sini untuk baca terjemahan

069 SURAH AL-HAQQA


Klik segi tiga di bawah untuk dengar surahnya

[1]



RENGKASAN SURAH:







Hari kiamat tetap akan berlaku.

Kaum Thamud mendustakan hari kiamat dan telah dibinasakan dengan petir yang dahsyat. Kaum Aad pula dibinasakan dengan angin ribut selama tujuh malam lapan hari. Bergelimpangan mereka akibatnya.

Firaun dan mereka yang melakukan perkara salah telah juga dibinasakan.

Alllah telah selamatkan nenek moyang kamu yang bersama Nabi Nuh di dalam bahteranya. Ini satu pengajaran bagimu.

Bila ditiup sangkakala gunung ganang akan beterbangan dan hancur. Langit akan terbelah dan menjadi reput. Kamu semua akan dihadapkan untuk hitungan amal yang telus.

Mereka yang menerima suratan amalnya melalui tangan kanan akan berbahagia hidup senang lenang di syurga.

Mereka yang menerima suratan amalnya melalui tangan kiri akan merana di neraka tanpa kuasa atau penolong. Mereka semasa di dunia dulu tidak beriman kepada Allah dan tidak memberi makanan kepada mereka yang miskin. Makanan mereka di neraka ialah air danur.

Allah bersumpah bahawa Al Quran adalah wahyuNya, bukannya perkataan dari pawang atau rekaan manusia. Ianya menjadi peringatan kepada yang bertaqwa. Orang kafir akan menyesal kerana mendustakannya apabila sampai masabya mereka menerima balasan masing2.



Klik sini untuk lihat SENARAI SURAH


No comments:

Post a Comment