TEMPAT NAIK
Klik sini untuk baca terjemahan
SURAH 070 AL-MA'ARIJ
Klik segi tiga di bawah untuk dengar surahnya
RENGKASAN SURAH:
Seorang kafir Mekah secara mengejek meminta azab yang dijanjikan untuk orang kafir iyu supaya berlaku. Azab itu akan datang melalui jalan turun naik malaikat yang menjalankan tugas masing2. Orang kafir menganggap azab tersebut jauh dari berlaku. Bersabarlah dengan ejekan mereka itu.
Apabila ianya berlaku gunung akan cair. Manusia masing2 akan sebuk dengan hal masing2. Orang yang kafir kalau boleh ingin menebus keselamatan mereka dengan anaknya dan isterinya dan saudara maranya. Tetapi ini tak mungkin kerana neraka menunggu sedang mereka dengan apinya menjulang, untuk membakar tubuh badannya. Ini adalah kerana mereka berpaling dari kebenaran dan mengumpul kekayaan tanpa zakat.
Manusia memang bertabiat gelisah jika dalam kesusahan dan bakhil kedekut apabila dalam kesenangan.
Kecualilah yang sembahyang, mensedekahkan harta mereka kepada yang memerlukan, yang percaya kepada hari pembalasan dan yang takut pada azab Allah. Juga yang menjaga kehornatan kecuali pada yang dibenarkan. Mereka sebegini akan ditempatkab Allah di syurga.
Orang kafir dan yang tidak beriman jangan haraplah nak memasuki syurga. Allah berkuasa membinasakan mereka untuk digantikan dengan kaum yang lebih baik.
Oleh itu biarkan mereka tenggelam di dalam kesesatan dan kelekaan dunia mereka sehingga mereka bangun dari kubur menuju ke Mahsyar. Ketika itu mereka akan berada di dalam keadaan tunduk kehinaan.
Itulah janjiNya.
No comments:
Post a Comment