Tuesday, 5 January 2010

018. SURAH AL-KAHFI














018 SURAH AL-KAHFI



Klik segi tiga di bawah untuk dengar
bacaan surahnya:

[018]




Klik gambar gua yang dimaksudkan

Isi Kandungan Surah:

1. Sifat dan peranan Al Quran diturunkan Allah kepada manusia melalui Nabi Muhammad

2. Bumi Allah adalah perhiasan dan akan binasa bila tiba masanya.

3. Kesah Ashaabul Kahfi – pemuda soleh yang ditidurkan selana lebih 300 tahun di dalam gua.

4. Pilihlah untuk beriman. Mereka yang kufur disediakan azab neraka.

5. Mereka yang beramal soleh disediakan syurga dengan segala kemudahannya.

6. Kesah contoh – Petani yang kufur yang kemudiannya menyesal bila tanamannya dimusnahkan.

7. Harta benda dan anak pinak adalah perhiasan dunia. Amalan soleh mendapat balasan berfaedah.

8. Bila gunung ganang dibongkarkan, kamu akan dihimpun di Mahsyar menghadap tuhan kamu.

9. Kitab amalan kamu akan dibentangkan. Ianya mencatat segala perbuatan baik-buruk kamu.

10. Patutkah kamu menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat kamu.

11. Yakinlah bahawa mereka yang berdosa akan memasuki neraka.

12. Tiada halangan bagi manusia menurut petunjuk Al Quran dan memohon keampunan Allah kecuali mereka yang degil.

13. Amat zalim bagi mereka yang berpaling. Hati mereka tertutup menghalang mereka menjadi taat. Mereka menjadi pekak dan segala seruan petunjuk tidak akan beroleh hidayah kepada mereka.

14. Allah tidak mengegerakan azab malah memberi mereka masa dan peluang. Penduduk negeri yang dimusnahkan terdahulu pun pernah diberi masa dan peluang sebegini.

15. Kesah Nabi Musa bertemu dan berpisah dengan Nabi Hidir.

16. Peristiwa Zulkarnain menjelajah dan membena tembuk menghalang kaum Yakjuj dan Makjuj mengganggu.

17. Ketika sangkakala ditiupkan neraka diperlihatkan kepa yang kafir. Syurga pula disediakan yang beramal soleh.

18. Katakanlah, tak akan cukup jika lautan dijadikan tinta bagi menulis kalimah Tuhanmu.

19. Katakanlah, sesiapa yang percayakan Tuhannya, hedaklah beramal soleh dan jangan persekutukanNya.


20. Bersandarlah kepada Allah dengan menyebut perkataan “InshaAllah” jika bercadang akan membuat sesuatu, mudah2an Allah memberi petunjukNya.

TAMAT



RENGKASAN SURAH:
018 RENGKASAN SURAH AL-KAHFI

Diturunkan Al Quran supaya manusia tidak terpesong. Al Quran memberi amaran tentang azab Allah kepada mereka yang engkar dan membawa berita gembira berkenaan balasan baik yang akan diterima oleh mereka yang beriman mengerjakan amalan soleh. Ianya juga memberi amaran kepada mereka yang menyatakan yang Allah mempunyai anak. Mereka yang menyatakan demikian adalah syirik dan pendusta. Mereka tiada pengetahuan tentangnya.

Bumi Allah adalah perhiasan. Manusia diuji untuk mengetahui siapa di antara mereka yang lebih baik amalannya. Bumi ini akan punah dan menjadi tandus bila tiba masanya.

Bukan sahaja kesah Ashaabul Kahfi sahaja yang menakjubkan sebagai tanda kekuasaan Allah. Sekumpulan pemuda telah mendatangi gua tersebut mencari keselamatan berugama. Allah kemudian menidurkan mereka bertahun2 lamanya. Kemudian Allah bangkitkan mereka dari tidurnya bagi menguji siapa di antara mereka lebih tepat kiraan lamanya mereka berada tidur di dalam gua tersebut.

Engkau jangka mereka sedar, tetapi sabenarnya mereka tidur dan Allah balik2kan badan mereka ke kiri dan ke kanan, sedang anjing mereka menghulurkak kakinya ke hadapan.berdedekatan pintu gua tersebut.

Apabila mereka dibangkitkan dari tidornya, mereka bertanya sama sendiri berapa lamakah mereka tidur itu? Kemudian mereka menghantar ahli mereka ke bandar membeli makanan. Diarahkan supaya awas supaya mereka tidak di rejam atau dibunuh disebabkan ugama mereka.

Mereka telah tidur di dalam gua itu selama 300 dan sembilan tahun. Hanya Allah yang tahu tentang masanya yang tepat kerana Dia lah yang tahu segala rahsia langit dan bumi, dan menguruskannya.

Bacalah apa yang diwahyukan oleh Allah yang tiada siapa dapat mengubahkannya dan tiada dapat sesiapa pelindung selain dariNya. Berdamping rapatlah dengan mereka yang beribadat kepada Tuhannya pagi dan petang. Janganlah kamu mementing kesenangan dunia dan lalai menperingati Allah dan gagal menurut perentahnya, lalu menurut hawa nafsumu.

Kebenaran hanya datang dari Tuhan. Pilihlah untuk beriman jika kamu mahu beriman. Sesiapa yang kufur biarkanlah mereka kerana Allah akan menyediakan azab baginya, yaitu. neraka di mana minumannya ialah air danur yang menggelegak ketika mereka dahaga.

Mereka yang beramal soleh akan mendapat pahala amalnya. Akan disediakan bagi mereka syurga dengan air yang mengalir di bawahnya beserta segala kemudahan rehat yang sangat selesa.

Berikanlah satu contoh seorang petani yang mempunyai kebun yang subur yang menyatakan dengan sombongnya, ianya sangat berpengaruh dan banyak pengikutnya. Dia mengatakan yang kebunnya tak akan binasa. Ia juga tak percayakan pada hari kiamat dan jika berlku pun ia akan dihidupkan semula dalam keadaan yang lebih selesa.

Apabila kebunnya dibinasakan tiada sesiapa yang dapat menolongnya dan ia menyesal atas perbuatannya membelakangkan Tuhannya.

Harta benda dan anak pinak adalah hanya perhiasan dunia sahaja. Hanya amal soleh yang kekal dan membawa balasan dan memberi faedah.

Ingatlah bila gunung ganang dibongkarkan, kamu akan dihimpun di Mahsyar menghadap tuhan kamu seorang diri tanpa pertolongan. Kitab amalan kamu akan dibentangkan. Ianya mencatat segala perbuatan baik-buruk kamu yang kecil dan yang besar supaya kamu tak akan dizalimi.

Patutkah kamu menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat kamu. Iblis telah engkar kepada arahan Allah kkerana enggan sujud kepad Adam apabila diperentahkan Allah. Mereka adalah musuh kamu. Amat buruk pilihan kamu menjadinya iblis itu sahabat kamu. Mereka tidak menyaksikan atau membantu Allah ketika Allah mencipta langit dan bumi. Adakah kamu mahu mengambil mereka yang menyesatkan ini sebagai pembantu kamu?

Yakinlah bahawa mereka yang berdosa akan memasuki neraka. Tiada apa yang dapat mengelakkannya. Segala contoh perbandingan dan panduan bagi kamu telah tersedia ada di dalam Al Quran, tetapi manusia masih membantah.

Tiada halangan bagi manusia untuk menurut petunjuk Al Quran dan memohon keampunan Allah kecuali mereka yang degil. Rasul pula diutuskan oleh Allah bagi memberi amaran dan mambawa berita gumbira kepada mereka. Tapi gulungan kafir menjadikan rasul dan Al Quran itu sebagai ejekan.

Amat zalim bagi mereka yang berpaling. Allah akan tutupkan hati mereka berlapis2, menghalang mereka memahaminya. Mereka menjadi pekak dan segala seruan petunjuk tidak akan beroleh hidayah kepada mereka.

Allah tidak mengegerakan azab untuk mereka, malah memberi mereka masa dan peluang. Penduduk negeri yang dimusnahkan terdahulu pun pernah diberi masa dan peluang sebegini.

Ingatlah ketika Nabi Musa mencari tempat pertemuan dua laut, kemudian menurut seorang insan yang diberi ilmu oleh Allah untuk mempelajari ilmu tersebut. Oleh kerana Musa mempertikaikan perbuatannya insan tersebut maka mereka berpisah. Sebelum itu dinyatakan kepada Nabi Musa kenapa ia merosakkan perahu kepunyaan simiskin yang ditumpanginya, membunuh seorang anak dan membena semula tembuk kepunyaan anak yatim yang hampir runtuh. Itulah kesan ilmunya yang dikurniakan Allah kepadanya.

Juga peristiwa Zulkarnain yang menjelajah ke merata tempat dan menolong satu kaum membena tembuk menghalang Yakjuj dan Makjuj melakukan kerosakan. Tembuk itu akan musnah di akhir zaman dan kaum Yakjuj dan Makjuj akan keluar melakukan kekacauan di muka bumi sebelum sangkala ditiupkan dan berlakunya perhimpunan besar di Padang Mahsyar.

Neraka jahannan akan diperlihatkan kepada mereka yang kafir, yang akan menjadi tetamu kepada neraka tersebut. Merekalah yang rugi tersangat. Kehidupan di dunia telah mereka sia2kan.

Syurga pula disediakan kekal bagi mereka yang beramal soleh.

Katakan, tak akan cukup jika lautan dijadikan tinta bagi menulis kalimah Tuhanmu. Ianya akan menjadi kering, walaupun di tambah lagi jumlah lautan yang sebanding dengannya. Katakan juga, bahawa sesiapa yang percayakan Tuhannya, maka kekallah beramal soleh dan jangan persekutukanNya.


Apabila hendak melakukan sesuatu janganlah kamu sebutkan: "Aku akan melakukan yang demikian nanti”. Sandarkanlah percakapan kamu dengan perkataan “InshaAllah” supaya mudah2an Allah akan memberi petunjukNya.


TAMAT (Al-Kahfi, 110 ayat. Mekah)







Inilah yang dikatakan guanya
____________________________________________________________

No comments:

Post a Comment