Klik untuk baca terjemahan
023. Surah Al-Mu’minun
Klik segi tiga untuk dengar surahnya
RENGKASAN SURAH:
ISI KANDUNGAN SURAH
1. Berjayalah orang beriman yang mendirikan sembahyang. Dan menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan sia2. Mereka membersihkan harta mereka dengan membayar zakat dan menjaga kehormatan diri. Perbuatan yang bertentangan adalah perbuatan yang melampau batas.
2. Mereka menjaga amanah dan janji dan memelihara sembahyangnya. Ini memberikan ia hak untuk mewarisi syurga, kekal di dalamnya.
3. Allah menciptakan manusia dari pati berasal dari tanah. Menjadikannya benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian menjadi sebuku darah beku, kemudian menjadi seketul daging, kemudian beberapa tulang dan dibalut tulang tersebut dengan daging sebelum ianya disempurnakan menjadi makluk yang bersifat. Nyatalah Allah adalah sebaik Pencipta.
4. Dan Allat turunkan hujan mengikut sukatannya tersimpan di dalam bumi. Untuk bekalan bagi kebun buah2an kamu dan lain2 tumbuhan.
5. Adanya binatang ternak juga menunjukkan kemurahan dan kebijaksanaan Allah. Darinya kamu mendapat susunya dan lain2 faedah termasuk rezeki penghidupan kamu. Ianya serta kapal menjadi pengangkutan kamu.
6. Nabi Nuh diutus Allah kepada kaumnya tetapi ketua kaumnya membantah mengatakan ianya orang gila. Allah mengarahkannya membena bahtera untuk membawa segala binatang dan pengikutnya ketika berlakunya banjir besar yang memusnahkan kaumnya yang kufur.
7. Juga Nabi Hud didustakan oleh kaumnya dan kaunnya dimusnahkan oleh Allah dengan tempekan kuat memusnahkan mereka saperti sampah sarap dihanyut banjir.
8. Salih berganti rasul2 diutuskan kemudiannya tetapi telah didustakan oleh kaum rasul2 tersebut. Mereka turut dibinasakan lepas satu per satu. Juga diutus Nabi Isa ibni Maryam.
9. Makanlah dari benda yang baik dan halal dan kerjakanlah amal soleh. Allah tahu apa yang kamu kerjakan. Maka bertaqwalah kepadaNya.
10. Biarlah mereka tenggelam dalam kesesatan sehingga suatu masa yang ditetapkan. Adakah mereka menyangka bahawa mereka diberikan harta dan anak pinak itu bertujuan menyegerakankan kebajikan bagi mereka? Tidak. Tapi mereka tak faham hakikat sebenarnya.
11. Orang yang segera mengerjakan kebaikan adalah mereka yang takutkan kemurkaan Allah, beriman kepada ayatNya, tidak mempersekutuNya dan hati mereka gentar kerana yakin akan kembali kepadaNya.
12. Allah tak memberati seseorang melainkan yang terdayanya. Disediakan buku amal suratan supaya mereka tak terinaya.
13. Sekalipun demikian, mereka yang ingkar hati mereka lalai memahami ajaran Al Quran dan mempunyai amalan yang jahat. Apabila diazab dan meminta tolong akan dikatakan kepada mereka: “Jangan minta tolong kerana kami tak akan menolong. Dulunya kamu berpaling sombong angkuh mendustakannya, juga mencacinya.
14. Berlaku demikian kerana mereka tak faham. Atau ianya tak pernah datang pada datuk nenek mereka. Atau mereka tak kenal rasul mereka dan mengengkarinya. Atau mereka kata rasulnya gila. Sebenarnya bukan sebab2 sedemikian. Ianya adalah kerana tabiat mereka tidak suka kepada sebarang kebenaran. Kalaulah kebenaran itu menurut nafsu mereka maka binasalah langit dan bumi dan segalanya.
15. Allah menjadikan pendengaran dan penglihatan serta hati supaya kamu bersyukur, tapi hanya sedikit yang bersyukur. Fikirkanlah: Dia yang mencipta dan menbangunkan kamu dan menghimpunkan kamu. Dia yang menghidupkan dan mematikan dan yang menentukan pertukaran malam dan siang.
16. Tanyalah mereka: “Kepunyaan siapa bumi dan yang ada padanya?” (Mereka jawab: “Allah”. Kenapa kamu tak mahu insaf?). Tanya lagi: “Siapa miliki langit dan Arasy?” (Mereka jawab: “Kepunyaan Allah”. Mengapa kamu tak mahu bertaqwa?). Tanya lagi: “Siapa memegang kuasa pemerintahan setiap sesuatu dan pelindung segalanya dan tiada yang terselindung darinya? (Mereka jawab: “segalanya dikuasai Allah”. Jika demikian kenapa kamu tertarik kepada perkara yang tidak benar?)
17. Mereka pendusta. Allah tak mempunyai anak. Dan tiada lain tuhan bersamanya.
18. Allah tahu yang tersembunyi dan yang nyata.
19. Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara baik. Mintalah kepada Allah perlindungan dari ganguan dan bisikan syaitan.
20. Setelah mati, mereka yang kufur akan meminta dipulangkan ke dunia untuk beramal soleh. Ini tak mungkin berlaku. Selepas ditiup sangkakala, mereka yang berat amalan baiknya adalah mereka yang berjaya. Yang rengan pertimbangan amalan baiknya akan kerugian dan kekallah mereka di neraka.
21. Maha tinggi Allah yang menguasa seluruh alam. Yang benar dan tiada tuhan selainNya. Yang menpunyai Arasy yang mulia. Yang menyediakan balasan kepada manusia. Sesungguhnya orang kafir tak akan berjaya.
“Ya Tuhanku. Berikan Ampun dan kurniakan Rahmat”
TAMAT
____________________________________________________________
No comments:
Post a Comment