Klik untuk baca terjemahan
026 Surah Asy-Syu’araa’
Klik segi tiga dibawah untuk dengar surahnya
Isi Kandungan Surah:
1. Taa Siin Miin. Ayat Al Quran adalah jelas nyata. Janganlah kamu berdukacita kerana mereka itu tidak mahu beriman. Jika Allah mahu Dia boleh menjadikan mereka beriman. Peringatan dan mengajaran yang diturunkan oleh Allah mereka berpaling mengingkarinya dan mengejeknya. Jadi didatangkan pula berita tentang azab berkaitang dengan perkara yang mereka ejekkan itu.
2. Mereka berdegil dan tak perhatikan bumi yang Allah tumbuhkan berbagai jenis tananam yang banyak manfaatnya, membuktikan kekuasaan dan rahmat Allah, tapi ramai mereka tak beriman.
3. Kesah Nabi Musa: diutuskan kepada Firaun bersama Nabi Harun. Firaun telah mendustakannya dan akhirnya mereka mengadakan pertandingan antara Nabi Musa dan ahli2 sihir Mesir yang berkeputusan ahli sihir Mesir mengaku kalah dan mengikut pegangan ugama Nabi Musa menyebabkan Firaun begitu murka. Nabi Musa kemudian telah membawa kaum Bani Israael menyeberangi Laut Merah ke Palistin, dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya. Kaum Bani Israel bersama Nabi Musa berjaya menyeberangi Laut Merah dan Firaun serta tenteranyta di tengelamkan.
4. Juga kesah Nabi Ibrahim yang tidak bersetuju dengan bapa dan kaumnya menyembah berhala. Nabi Ibrahim telah mengesakan Allah. Nabi Ibrahim menyatakan bahawa berhala adalah musuhnya. Dia percaya dengan kekuasaan Allah yang menciptanya dari tiada kepada ada, memberi petunjuk kepadanya, memberi makan dan minum, menyembuhkan penyakit, apabila mati manusia akan dihidupkanNya semula. Allah juga mengampunkan dosa manusia. Mereka yang kufur akan dimasukkan ke neraka manakala yang taat berbahagia di syurga.
5. Nabi Nuh telah diingkari oleh kaumnya dan akhirnya mereka ditengelamkan di dalam banjir besar di mana Nabi Nuh dan pengikutnya serta berbagai binatang diselamatkan dalam bahtera.
6. Nabi Hud pula diutuskan kepada kaum Aad yang mendustakannya. Kaum tersebut telah dibinasakan o;eh Allah.
7. Nabi Soleh diutuskan kepada kaum Thamud. Mereka telah mendustakan Nabi Solah dan dibinasakan apabila mereka membunuh unta betina yang dijadikan mukjizat bagi Nabi Soleh.
8. Kaum Nabi Lut juga dimusnahkan kerana ingkar kepada suruhan Allah. Juga kaum Nabi Syuib penduduk Aikah dimusnahkan kerana enggan menurut perentah Allah.
9. Mereka yang kufur masih tidah mahu menyembah dan menurut perentah Allah sehinggalah mereka melihat azabNya. Ketika itu mereka akan menyesal dan meminta supaya mereka diberi masa untuk membaiki diri taat kepada Allah.
10. Al Quran bukan diturunkan melalui syaitan kerana syaitan tak layak dan tak berupaya berbuat demikian.
TAMAT
____________________________________________________________
No comments:
Post a Comment