Friday 24 July 2009

050 SURAH QAAF

BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani




KLIK SINI UNTUK BACA
DAN DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/50-qaf/





050 SURAH QAAF (45 ayat)


RENGKASAN SURAH



Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya, sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran.


Allah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa tanpa mengalami susah payah.


Dengan itu

# - bersabarlah Muhammad akan apa yang dikatakan oleh mereka yang menentangmu itu dan

# - bertasbihlah memuji Tuhanmu terutamanya sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam. Dan

# - bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.


Seruan malaikat akan membangkitkan manusia dari kubur. Allah lah yang

# - menghidupkan dan

# - mematikan dan

# - kepadaNya manusia akan kembali.


Perbuatan menghidupkan dan menghimpunkan manusia di Padang Mahsyar sangat mudah untuk dilaksanakanNya.


Pada hari itu didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa serta dikatakan pada mereka:


"Inilah yang dijanjikan kepada kamu setelah kamu mengerjakan ibadat kamu. Kamu dulu takut melanggar perintah Allah semasa tidak dilihat orang dan semasa kamu tak melihat azab Allah ".


Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata:


"Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari bermulanya kehidupan yang kekal".


Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan dilimpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka.


Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran.


Kaum musyrik Makkah bukan sahaja mengengkari kerasulan Muhammaad bahkan mereka merasa hairan kerana rasul tersebut adalah dari kalangan mereka sendiri. Mereka juga tak percaya kata-kata Nabi menyatakan yang mereka akan kembali hidup sesudah mati.


Banyak kaum terdahulu yang engkar telah dibinasakan oleh Allah. Kaum tersebut adalah lebih kuat dan lebih handal tetapi mudah sahaja dibinasakanNya. Ianya sepatutnya menjadi pengakaran kepada manusia masa kini.



TAMAT - RENGKASAN SURAH

QQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQ

050 SURAH QAAF (45 ayat)

SUSUNAN AYAT MENGIKUT TAJUKNYA


050 ALLAH DAN PANDUANNYA

[38] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.


[39] Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.


[40] Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.


[41] Dan dengarlah (apa yang diterangkan kepadamu sekarang ini mengenai hari kiamat), hari (malaikat yang menjadi) penyeru, menyeru (makhluk-makhluk yang telah mati) dari tempat yang dekat yang dapat didengar oleh semuanya),


[42] Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan yang menyatakan perkara yang benar; hari seruan itu ialah hari masing-masing keluar dari kubur.


[43] Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).


[44] Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya.


[45] Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.





050 GULUNGAN YANG TAAT

[31] Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).


[32] (Serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah);


[33] "(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat".


[34] (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal".


[35] Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).





050 GULUNGAN YANG KUFUR

[1] Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya (bahawa sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran).


[2] (Kaum musyrik Makkah bukan sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan amaran (mengenai perkara hidup semula sesudah mati); lalu orang-orang yang kafir itu berkata: "Ini adalah satu perkara yang menakjubkan!


[3] "Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah kita mati dan menjadi tanah? Itu adalah cara kembali yang jauh (dari kemungkinan, kerana jasad yang telah hancur tidak dapat diketahui lagi)".


[4] (Apa yang mereka katakan itu tidaklah benar, kerana) Kami sedia mengetahui apa yang dimakan oleh bumi sedikit demi sedikit dari (tubuh orang mati) mereka, serta ada di sisi Kami sebuah Kitab yang menyimpan (catitan segala perkara yang berlaku).


[36] Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu daripada orang-orang musyrik Makkah itu Kami telah binasakan. Kaum-kaum itu lebih kekuatannya (dan kehandalannya) daripada mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri. (Meskipun demikian keadaannya) dapatkah (mereka) menyelamatkan diri?


[37] Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.




TAMAT – SUSUNAN AYAT MENGIKUT TAJUKNYA




KLIK SINI UNTUK
BACA DAN DENGAR
SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/50-qaf/




No comments:

Post a Comment