Tuesday 28 July 2009

076 SURAH AL - INSAAN

076. SURAH AL - INSAN



076. SURAH AL - INSAN

RENGKASAN SURAH


Mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat?


Kami telah mencipta manusia bermula dari air mani pati benih lelaki dan perempuan, serta Kami jadikan dia berkeadaan

# - mendengar dan

# - melihat.


Ditambahkan pula dengan

# - akal dan

# - Rasul

bagi mereka menilai jalan mana

# - yang benar dan

# - yang salah;

maka terserahlah kepadanya sama ada

# - ia bersyukur beriman dan taat ataupun

# - ia kufur mengingkari kebenaran dan menderhaka.


Kami pula menyediakan bagi sesiapa yang kufur atau menderhaka itu beberapa

# - rantai dan belenggu serta

# - neraka yang menjulang-julang.


Mereka yang berbakti dengan taat dan kebajikan pula akan meminum sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur", Iaitu sebuah matair di Syurga, yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah yang taat; mereka boleh mengalirkannya di tempat tinggal mereka dengan mudah menurut kemahuannya.


Mereka dikurniakan kesenangan kerana mereka

# - menyempurnakan nazarnya apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya, serta mereka

# - takutkan hari akhirat yang azab seksanya merebak di sana sini.


Mereka juga memberi makanan yang dihajati dan disukainya, kepada

# - orang miskin dan

# - anak yatim serta orang tawanan kerana Allah semata-mata; tanpa mengharap sebarang balasan atau ucapan terima kasih,


"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami ".


Dengan sebab mereka menjaga diri dari kesalahan, maka Allah

# - selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta

# - memberikan kepada mereka keindahan yang # berseri-seri di muka, dan # perasaan ria gembira di hati.


Dan kerana kesabaran mereka

# - mengerjakan suruhan Allah dan

# - meninggalkan laranganNya,

mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan persalinan dari sutera.


Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin yang berhias, mereka tidak nampak di situ adanya matahari

# - usahkan hawa panasnya, dan

# - tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;


Sedang

# - naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan

# - buah-buahannya pula dimudahkan untuk mereka memetiknya.

Dan selain itu pelayan-pelayannya mengedar kepada mereka

# - bijana dari perak dan

# - piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca.


Mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil",
Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil".


Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari

# - sutera halus dan

# - sutera tebal yang bertekat, serta mereka dihiasi dengan

# - gelang-gelang tangan dari perak; dan

# - mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman yang bersih suci.


Serta dikatakan kepada mereka: "Sesungguhnya segalanya ini adalah untuk kamu sebagai balasan dan adalah usaha amal kamu di dunia dahulu diterima dan dihargai oleh Allah".


Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur. Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu, dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.


Dan sebutlah dengan

# - lidah atau dengan

# - hati akan nama Tuhanmu

# - di dalam dan

# - di luar sembahyang, pada waktu

# - pagi dan

# - petang;


Dan dengan apa keadaan pun maka pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan dengan

# - mengerjakan sembahyang, dan seboleh-bolehnya

# - bertasbihlah memujiNya dengan

# - mengerjakan sembahyang Tahajjud, pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.


Sesungguhnya mereka yang menentangmu itu sentiasa mencintai

# - kesenangan dan

# - kemewahan dunia yang cepat habisnya, serta mereka

# - membelakangkan bekalan untuk hari akhirat.


Kamilah yang

# - menciptakan mereka serta

# - menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka;


Kami berkuasa membinasakan mereka dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan mereka dengan orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.


Sesungguhnya segala keterangan yang disebutkan ini, menjadi peringatan; Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya bolehlah ia mengambil jalan kepada keredoan Allah dengan iman dan taat.


Dan tiadalah kamu berkemahuan melakukan sesuatu perkara melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya.


Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya menurut aturan yang ditetapkan ke

# - dalam rahmatNya dengan ditempatkannya di dalam Syurga; dan

# - orang-orang yang zalim, Ia menyediakan mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.





TAMAT - RENGKASAN SURAH

076. SURAH AL - INSAN




KLIK UNTUK
BACA DAN DENGAR:

http://www.alquran-melayu.com/76-al-insan/




http://www.alquran-melayu.com/76-al-insan/


No comments:

Post a Comment