Sunday 26 July 2009

062 SURAH AL – JUMU’AH

062 SURAH AL – JUMU’AH



KLIK SINI UNTUK BACA DAN DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/62-al-jumuah/



062 SURAH AL – JUMU’AH

RENGKASAN SURAH

Segala di langit dan di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah

# - Yang Menguasai sekalian alam,

# - Yang Maha Suci,

# - Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Dia lah yang telah mengutuskan dikalangan Arab Ummiyyin, seorang Rasul, Nabi Muhammad s.a.w

# - yang membacakan ayat Allah

# - membersihkan mereka dari iktiqad yang sesat, serta

# - mengajarkan mereka Al-Quran dan Hikmah hukum syarak.


Sesungguhnya sebelum kedatangan Nabi itu mereka dalam kesesatan yang nyata.


Juga Nabi diutus kepada orang-orang yang akan datang. Pengutusan Nabi ini adalah kepada umat manusia seluruhnya. Ia menjadi rahmat limpah kurnia Allah.


Sifat Nabi Muhammad dinyatakan dalam Kitab Taurat tetapi mereka tidak percaya. Mereka adalah seperti keldai yang memikul kitab-kitab besar tanpa mengetahui isi kandungannya. Ingatlah, Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.


Katakanlah: "Wahai orang Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja yang dikasihi Allah tidak termasuk umat yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati supaya kamu dimatikan sekarang juga, jika betul kamu orang-orang yang benar!"


Mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati selama-lamanya, dengan sebab dosa yang mereka telah lakukan.


Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.


Katakanlah: "Sebenarnya maut tetap tetap menemui kamu; kemudian kamu akan kembali kepada Allah untuk kamu diberitahu apa yang kamu telah lakukan serta membalasnya".


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan sembahyang pada hari Jumaat, segeralah pergi ke masjid untuk mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu.


Setelah selesai sembahyang, bertebaranlah kamu menjalankan urusan masing-masing mencari limpah kurnia Allah, serta ingatlah Allah supaya kamu berjaya dunia dan di akhirat.


Apabila sampainya barang-barang dagangan / mendengar hiburan, mereka bersurai pergi kepadanya dengan meninggalkan engkau di atas mimbar berkhutbah. Katakanlah:


"Pahala balasan yang ada di sisi Allah lebih baik dari hiburan dan barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.













TAMAT - RENGKASAN SURAH






KLIK UNTUK BACA DAN DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/62-al-jumuah/

No comments:

Post a Comment