Monday 27 July 2009

072 SURAH AL - JINN

072 SURAH AL - JINN


BACA DAN DENGAR
http://www.alquran-
melayu.com/72-al-jinn/




072 SURAH AL - JINN

RENGKASAN SURAH


Telah diwahyukan kepada Muhammad bahawa satu rombongan jin telah mendengar Al-Quran yang Baginda bacakan lalu mereka menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan berkata:

“Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami

# - beriman kepadanya, dan

# - kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.


Ketahuilah bahawa sesungguhnya tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada Dia

# - beristeri atau

# - beranak.


Sesungguhnya ketua kita yang kurang akal telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;


Nyatalah adalah salah kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.


Dan adalah amat salah perbuatan beberapa orang manusia yang,

# - menjaga dan

# - melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada golongan jin, kerana dengan permintaan itu golongan jin ini menjadikan bertambah

# - sombong dan betambah

# - jahat.


Dan tidaklah benar manusia menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali

# - mengutuskan sebarang Rasul atau

# - tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat.


Kami telah berusaha mencari berita dari langit, tetapi kami dapati langit itu penuh dengan

# - pengawal yang sangat kuat kawalannya, bersama dengan

# - rejaman-rejaman api yang menyala.


Padahal dahulunya kami biasa duduk di tempat-tempat perhentian di langit untuk mendengar percakapan penduduknya; tetapi sekarang mereka yang cuba mendengar akan direjam dengan api yang menyala.


Kami tidak mengetahui adakah kawalan sedemikian bertujuan

# - hendak menimpa bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan

# - hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?


Sesungguhnya termaklum bahawa golongan kita

# - ada yang baik keadaannya, dan

# - ada di antara kita yang lain dari itu (tak baik);

Masing-masing menurut jalan hidup dan cara yang berlainan.


Sekarang kita mengetahui bahawa kita

# - tidak akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah di mana sahaja kita berada, dan juga

# - tidak akan dapat melarikan diri dari balasanNya.


Ketika kami mendengar Al-Quran, kami beriman kepadanya dengan tidak bertangguh lagi; kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya maka

# - tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian amalan baiknya, dan juga

# - tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.


Dengan datangnya Al-Quran, nyatalah

# - ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan

# - ada pula golongan yang kufur derhaka menyeleweng dari jalan yang benar.


Maka sesiapa menurut Islam, merekalah golongan yang mencari dan menurut jalan yang benar.


Adapun mereka yang menyeleweng mereka akan menjadi bahan bakaran neraka Jahannam. '


Nabi Muhammad diwahyukan lagi: "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah manusia dan jin itu berjalan betul di atas jalan Islam, sudah tentu Kami akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama menurunkan hujan lebat kepada mereka.


Pemberian yang demikian untuk Kami

# - menguji dan

# - menzahirkan bawaan dan keadaan mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu, adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam. Dan ingatlah, sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, dengan berlaku ingkar - derhaka, maka Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.


Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk ibadat kepada Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapa pun bersama Allah.


Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya".


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku

# - hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku

# - tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".


Katakanlah lagi; " Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan

# - sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan

# - sebarang kebaikan bagi kamu.


Katakanlah lagi; "Sesungguhnya aku,

# - tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari azab Allah jika aku menderhaka kepadaNya, dan aku

# - tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,


"Aku diberi kuasa hanya menyampaikan wahyu dari Allah dan perintahNya yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya; dan sesiapa yang

# - menderhaka kepada Allah dan

# - ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya.".


Golongan yang kufur ingkar itu tetap memandang engkau

# - lemah dan

# - kurang penyokong, sampailah apabila mereka melihat azab yang dijanjikan.


Maka pada saat itu mereka akan mengetahui siapakah orangnya

# - yang lemah penolong-penolongnya, dan

# - sedikit jumlah bilangannya.


Kalau ditanya bilakah azab itu? Maka katakanlah:

# - "Aku tidak mengetahui sama ada azab yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau

# - Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut.


"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib dan Ia tidak memberitahu perkara ghaib itu kepada sesiapapun melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redoiNya.


"Tuhan mengadakan malaikat supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya dengan jagaan mereka Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan Tuhan mereka dengan sempurna; pada hal Ia memang sebenarnya mengetahuinya. Dan Ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu".




TAMAT - RENGKASAN SURAH
Alhamdulillah





http://www.alquran-
melayu.com/
72-al-jinn/


No comments:

Post a Comment