Sunday 26 July 2009

065 AT - TALLAQ

BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

065 AT – TALLAQ




065 AT – TALLAQ

RENGKASAN SURAH

Apabila kamu hendak menceraikan isteri kamu, maka

# - ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan

# - hitunglah masa idah itu dengan betul, serta

# - bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu.


Janganlah kamu

# - mengeluarkan mereka dari rumah kediamannya sehingga selesai idahnya, dan

# - jangan benarkan mereka keluar dari situ, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji.


Sesiapa yang melanggar aturan hukum Allah maka ia telah berlaku zalim kepada dirinya.


Apabila hampir tempoh idahnya, maka bolehlah kamu

# - pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau

# - lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan


Adakanlah dua orang saksi adil semasa kamu

# - merujukkan atau melepaskannya); dan

# - hendaklah saksi tersebut menyempurnakan persaksian nya kerana Allah semata-mata.


Hukum tersebut merupakan peringatan dan pengajaran kepada yang

# - beriman kepada Allah dan hari akhirat dan yang

# - bertaqwa kepada Allah (mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.


Nescaya Allah akan mengadakan jalan keluar. Serta memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan perkara yang dikehendakiNya. Ia menentukan kadar dan masa bagi berlakunya setiap sesuatu.


Jika kamu menaruh

# - syak terhadap tempoh idah mereka

# - juga bagi perempuan yang tidak berhaid

Maka idahnya ialah tiga bulan.


Bago perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak tersebut. Ingatlah, sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan segala urusannya.


Ingatlah, sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah

# - menghapuskan kesalahannya, dan akan

# - membesarkan (banyakkan) pahala balasannya.


Tempatkanlah isteri yang menjalani idahnya itu

# - di tempat kediaman kamu yang dan

# - janganlah kamu menyakiti mereka di tempat tinggal itu dengan tujuan

# - hendak menyusahkan kedudukan mereka supaya mereka keluar dari tempat itu.


Jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka

# - berikanlah nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya;

# - jika mereka menyusukan anak berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik.

# - jika kedua pihak mengalami kesulitan, bolehlah perempuan lain menyusukannya.


Hendaklah memberi nafkah menurut kemampuan kamu; Jika di sempitkan rezeki, maka beri nafkah dari apa yang diberikan Allah (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan sekadar yang diberikan Allah kepadanya. Perlu ingat bahawa Allah memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.


Bukan sedikit penduduk negeri yang menderhaka terhadap perintah Tuhan dan RasulNya. Kami hitungkan amal mereka dengan hitungan yang keras rapi, serta diseksa mereka dengan azab yang tidak pernah dikenal dahsyatnya. Mereka merasai kesan buruk hasil perbuatan derhakanya,. Akibatnya ialah satu kerugian yang besar.


Allah menyediakan azab seksa yang seberat-beratnya. Maka bertaqwalah kepada Allah kepada wahai orang yang berakal sempurna. Inilah peringatan.


Allah mahu mengeluarkan orang beriman dan beramal soleh dari gelap-gelita kesesatan kepada cahaya hidayah petunjuk. Ingatlah, sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga, kekallah mereka di dalamnya.


Allah mencipta tujuh petala langit dan bumi. Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan setiap sesuatu.



TAMAT - RENGKASAN SURAH


KLIK SINI
UNTUK BACA DAN
DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/65-at-tallaq/



No comments:

Post a Comment