032 SURAH AS – SAJDAH
RINGKASAN SURAH
.
1. Al-Quran ini diturunkan oleh Tuhan yang pemelihara dan pentadbirkan sekalian alam.
2. Orang kafir tidak mengakuinya bahkan mengatakan ianya rekaan Muhammad. Sabenarnya Al Quran diturunkan kepada Muhammad untuk menyampaikan ingatan dan amaran kepada kaum yang telah lama tidak diberi ingatan dan amaran sebagai petunjuk.
3. Allah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy. Hanya Dial ah yang boleh memberi syafaat.
4. Allah mentadbirkan makhlukNya melalui peraturanNya. Ia mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata. Ia menciptakan setiap sesuatu dengan sebaik-baiknya.
5. Asal manusia dijadikan dari tanah. Kemudian dijadikan keturunan manusia dari sejenis pati air benih yang disempurnakan dan ditiupkan padanya roh ciptaanNya, mengurniakan pendengaran dan penglihatan serta akal fikiran. Akan tetapi amatlah sedikit yang bersyukur.
6. Mereka yang kafir tidak percaya bahaya apabila mati manusia ianya tidak akan hidup semula. Bukan itu sahaja mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya. Katakanlah wahai Muhammad bahawa nyawa mereka akan diambil oleh Malikil Maut ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu untuk menerima balasan.
.
7. Ketika itu sungguh ngeri sekiranya kita melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka dalam keadaan malu dan hina sambil merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan jelasnya akan segala yang kami ingkari dahulu; maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik. Ssesungguhnya kami sekarang telah yakin.
8. Allah menolak rayuan tersebut kerana mereka dah diberi hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh semasa di dunia dahulu, bertujuan supaya tidak terkena azab di akhirat. Neraka akan dipenuhi dengan manusia dan jin yang semasa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh.
9. Oleh sebab kelalaian dan melupakan hari pertemuan dengan Allah, maka sekarang rasalah azab seksa Allah. Allah tak akan tidak hiraukan keselamatan kamu lagi dan rasalah azab yang kekal hasil dari apa yang kamu telah kerjakan".
10. Mereka yang sebenar-benar beriman kepada ayat keterangan Allah adalah orang yang segera merebahkan diri sambil sujud taat patuh serta bertasbih memuji Tuhan. Juga mereka tidak bersikap sombong takbur.
11. Mereka mengurangkan tidur kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh, sentiasa berdoa dengan perasaan takut kemurkaanNya serta perasaan ingin mendapatkan keredoanNya dan mereka selalu mendermakan harta mereka.
12. Orang yang beriman dan beramal soleh akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. Dan sebaliknya bagi yang fasik tempat kediaman mereka ialah neraka.
13. Sesungguhnya, Allah merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar di akhirat kelak, bertujuan mereka kembali bertaubat.
14. Tidaklah lebih zalim daripada orang yang telah diberi ingatan dari ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling mengingkarinya. Sesungguhnya Allah tetap memberi balasanNya.
15. Allah telah memberi Nabi Musa Kitab Taurat, Kitab hidayah penunjuk bagi kaum Bani Israil.
16. Dan Allah jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kepada hukum ugama.
17. Jika berlaku pertentangan dan perselisihan di antara golongan hanya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat.
18. Allah telah binasakan banyak kaum yang kufur ingkar dahulu kala. Padahal orang kafir tak memikirkannya walaupun mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum yang dimusnahkan tersebut. Kebinasaan kaum-kaum itu adalah iktibar jika mereka mahu mendengar dan insaf.
19. Dan tidakkah mereka yang tidak mahu taat dan bersyukur itu melihat bahawasanya Allah mengarahkan hujan turun ke bumi yang kering kontang, lalu ditumbuhkan tanaman-tanaman, yang dimakan pula oleh binatang ternakan mereka dan mereka sendiri. Mengapa mereka tidak perhatikan supaya taat dan bersyukur.
20. Mereka pula bertanya bilakah hari perbicaraan? Katakanlah bahawa tidaklah perlu diketahui masa datangnya tetapi awaslah bahawa pada hari pembukaan bicara itu tiada guna lagi kepada orang kafir hendak beriman kerana tepoh berbuat demikian dal luput.
21. Oleh itu janganlah hiraukan mereka. Tunggulah, kerana mereka juga sedang menungu.
sssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
No comments:
Post a Comment