BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
063 AL – MUNAFIQUUN
063 AL - MUNAFIQUUN
Orang munafik datang kepadamu mereka berkata
# - “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenarnya adalal Rasul Allah".
# - Allah menyaksikan bahawa pengakuan mereka adalah dusta.
Mereka
# - menjadikan sumpahnya sebagai perisai menyelamatkan dirinya dan harta bendanya mereka dan.
# - menghalang dirinya dan orang lain dari menurut jalan Allah. Amat buruk kerja mereka.
# - Mereka mengaku beriman di hadapan orang Islam tetapi tetap kafir sesama sendiri.Maka sebab itulah dimeteraikan hati mereka menyebabkan mereka gagal memahami apa yang benar dan yang mana adalah salah.
# - Tubuh badan mereka dan kelalukannya mereka menarik hati kamu.
# - Tutur mereka manis dan fasih.
Dalam pada itu mereka adalah seperti batang kayu yang tersandar tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan.
Kerana sentiasa merasa mereka bersalah, mereka sentiasa berada dalam keadaan cemas sehingga menyangka setiap jeritan atau riuh rendah yang mereka dengar itu membahayakan mereka.
Berjagalah kamu kerana mereka itulah musuh yang sebenarnya.
Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. Mereka dipalingkan oleh hawa nafsunya dari mencari kebenaran.
Bila diajak bertaubat supaya Rasulallah meminta ampun kepada Allah untuk mereka,
# - mereka enggan menggelengkan kepalanya dan
# - engkau lihat mereka berlaku sombong angkuh.
Tidak ada faedahnya sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun,
# - Allah tidak akan mengampunkan mereka.
# - Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.
Merekalah yang melarang orang Islam Madinah membantu Rasulullah dan puak Muhajirin supaya mereka meninggalkan Madinah. Padahal Allah jualah yang menghendakinya berlaku. Akan tetapi puak munafik itu tidak memahami hakikat yang sebenar.
Mereka berkata lagi:
"Jika kita kembali ke Madinah dari
Padahal Allah jualah berhak memberi kemuliaan dan kekuatan kepada RasulNya serta orang yang beriman. Puak munafik itu tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya.
Janganlah kamu dilalaikan oleh
# - urusan harta benda kamu dan
# - urusan anak-pinak kamu
daripada mengingati Allah dengan menjalankan perintahNya. Akibatnya kamu akan kerugian.
Dermakanlah sebahagian rezeki kamu sebelum kamu sampai ajal kamu. Jika tidak disaat hampir maut nanti kamu akan merayu berkata: "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku
# - dapatlah bersedekah dan
# - dapatlah pula aku menjadi dari orang soleh ".
Dan ingatlah,
# - Allah tidak akan melambatkan kematian seseorang apabila sampai ajalnya; dan
# - Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
TAMAT - RENGKASAN SURAH
BACA DAN
DENDAR SURAHNYA
http://www.alquran-melayu.com/63-al-munafiqun/
No comments:
Post a Comment