061 AS – SAFF
SSSSSSSSSSSSSSSSSSS
061 SURAH AS – SAFF
Segala makluk di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu kata apa yang kamu tidak lakukan. Allah membencinya. Allah hanya mengasihi mereka yang berperang membela ugamaNya dalam barisan yang teratur rapi seolah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
Ingatlah ketika kaum Nabi Musa menyakiti hatinya kerana mereka menyeleweng dari kebenaran yang dibawanya. Allah jauhkan hati mereka dari mendapat hidayah petunjuk kerana Allah tidak akan memberinya kepada kaum yang fasik derhaka.
Kaum Nabi Isa pula berkata "Ini ialah sihir yang nyata!" apabila Nabi Isa menyatakan beliau adalah rasul yang membenarkan Taurat dan yang memberitahu bahawa seorang rasul bernama “Ahmad” akan datang kemudian darinya.
Allah mengutus Muhammad membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar supaya Ia menerang dan meninggikannya, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab seksa? iaitu, kamu
# - beriman kepada Allah dan rasulNya,
# - berjuang membela ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu;
yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu.
Hasilnya Allah akan
# - mengampunkan dosa-dosa kamu,
# - memasukkan kamu ke dalam taman yang mengalir di bawahnya sungai,
# - menempatkan kamu di tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ".
Itulah kemenangan yang besar.
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai kepadanya, iaitu
# - pertolongan dari Allah dan
# - kemenangan yang cepat (masa berlakunya).
Sampaikanlah berita mengembirakan ini kepada orang yang beriman.
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela ugama Allah sebagaimana keadaan penyokong Nabi Isa ibni Maryam ketika ia berkata kepada mereka: "
Siapakah penolongku dalam perjalananku kepada Allah?"
Mereka menjawab:
"Kamilah pembela ugama Allah!"
Namun terdapat sepuak dari mereka beriman sementara sepuak lagi tetap kafir. Lalu Kami berikan kemenangan kepada yang beriman mengalahkan musuhnya.
No comments:
Post a Comment