Monday, 27 July 2009

066 SURAH AT - TAHRIIM

BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

066 SURAH AT – TAHRIIM




066 SURAH AT - TAHRIIM

RENGKASAN SURAH


Wahai Nabi! Mengapa engkau bersumpah tidak akan menikmati apa yang dihalalkan oleh Allah kerana hendak memperolihi keredoan isteri-isterimu? Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu. Bagi melepaskan sumpah tersebut perlulah membayar kaffarah.


Allah memberitahu Nabi kesah Isterinya yang menceritakan perkara yang Nabi suruh rahsiakan daripada madunya. Nabi pun menegur isterinya tersebut menerangkan hanya sebahagian dari rahsia yang telah dibukanya supaya isteri pembuka rahsia tersebut tak banyak malunya. Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: "Siapakah yang memberitahu Baginda. Dijawabnya: "Allah".


Hati kedua isteri Nabi tersebut cenderung menyusahkan Nabi tetapi tak akan berjaya kerana

# - Allah adalah Pembela dan

# - Jibril, malaikat dan

# - mereka yang beriman juga menjadi penolongnya.


Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya

# - isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, -

# - yang menurut perintah,

# - yang ikhlas imannya,

# - yang taat,

# - yang bertaubat,

# - yang tetap beribadat,

# - yang berpuasa,

# - yang janda atau

# - yang anak dara.


Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah

# - diri kamu dan

# - keluarga kamu dari neraka

Yang bahan-bahan bakarannya adalah:

# - manusia dan

# - batu (berhala);


Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat

# - yang keras kasar (layanannya);

# - mereka tidak menderhaka kepada Allah, dan

# - mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.


Malaikat itu menyata:

“Jangan meminta ampun sekarang kerana dah terlambat. Kamu dibalas dengan apa yang kamu telah kerjakan".


Wahai orang-orang yang beriman!

# - Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha",


Mudah-mudahan Tuhan hapuskan

# - dosa kamu dan

# - masukkan kamu ke dalam SyurgaNya.


Semasa berjalan (diakhirat nanti) Cahaya iman amal soleh akan bergerak di

# - hadapan mereka dan

# - di sebelah kanan mereka sambil


Mereka berlata:"Wahai Tuhan kami!

# - Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan

# - limpahkanlah keampunan kepada kami.

Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".


Berjihadlah menentang

# - orang kafir dan

# - orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka.

Tempat mereka ialah neraka Jahannam, seburuk tempat kembali.


Tidak ada manfaatnya bagi orang kafir berhubung rapat dengan orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya. Bandingannya iakah: Perihal

# - isteri Nabi Nuh dan

# - isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh.


Tapi mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; Suami mereka (Nabi) tidak dapat menolong mereka dari azab Allah. Sebaliknya akan dikatakan kepada mereka berdua:


"Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama orang yang masuk ke situ".


Perbanding kedua ialah tidak ada mudaratnya kepada orang mukmin berhubung rapat dengan orang kafir selagi tidak terjejas keadaan imannya iaitu: Contoh perihal ialah isteri Firaun, ketika ia berkata:


"Wahai Tuhanku!

# - Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan

# - selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya yang kufur dan buas, serta

# - selamatkanlah daku dari kaum yang zalim";


Satu perbandingan lagi ialah tentang Maryam binti Imran yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya. Oleh kerana Kami takdirkan dia mendapat anak maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh ciptaan Kami. Sekalipun Maryam hidup di antara kaum kafir ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap taat.






TAMAT - RENGKASAN SURAH




KLIK SINI UNTUK
BACA DAN
DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/66-at-tahrim/




No comments:

Post a Comment